Monday, October 18, 2021

F.A.Q Mengenai EDUCOGATOR

1. Apa itu EDUCOGATOR?

EDUCOGATOR merupakan projek komuniti untuk mengumpul kandungan-kandungan pendidikan sama ada dari sumber catatan blog, video Youtube, podcast, posting di sosial media dan sebagainya. Kandungan ini dipaparkan secara automatik menerusi kaedah ‘web agregator’ ke laman https://educogator.my (https://educogator.my/)

Projek EDUCOGATOR sebenarnya telah bermula pada 2017, dengan nama asal MyEduBlog.info (http://myedublog.info/) dengan sebuah hub dibangunkan menggunakan teknik yang sama. Menyedari kandungan yang semakin pelbagai dari pelbagai platform, kami menjenamakan semula platform ini sebagai EDUCOGATOR.

Web hub terbaru EDUCOGATOR masih lagi dalam pembangunan dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 Jun ini. Segala perubahan sedang berlaku dalam EDUCOGATOR dari segi struktur web dan antaramuka.

2. Adakah EDUCOGATOR menyalin semua kandungan anda?

EDUCOGATOR tidak menyalin atau mengambil semua kandungan ada. Kami hanya memaparkan ‘feed’ seperti tajuk, imej dan sedikit penerangan dari muatan kandungan terkini anda. Jika pengguna berminat dengan kandungan anda di EDUCOGATOR, setiap kali mereka klik pada pautan tersebut, kandungan dari platform asal dipaparkan dalam tab baharu. Anda boleh cuba sendiri di https://educogator.my (https://educogator.my/)

Kaedah ini sebenarnya terbukti untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke platform anda.

3. Adakah carian Google Search dapat menemui kandungan di EDUCOGATOR?

Tidak. Kami telah mematikan fungsi carian Google di EDUCOGATOR. Segala carian di Google Search akan menemui kandungan asal kandungan, iaitu platform anda, bukan kandungan yang telah di’feed’ ke EDUCOGATOR.

4. Apakah kelebihan menyertai EDUCOGATOR?

EDUCOGATOR akan dipromosikan dengan lebih agresif sebagai platform terbesar rujukan kandungan pendidikan di Malaysia dengan dana geran.

Kami juga telah mengadakan dua acara ‘meetup’ pada 2018 dan 2019 menghimpunkan pencipta-pencipta kandungan pendidikan seluruh Malaysia. Meetup (perjumpaan bersemuka) akan terus dianjurkan selepas pandemik sebagai acara yang unik dengan konsep yang berbeza setiap kali penganjuran.

Dengan menyertai EDUCOGATOR, selain kandungan anda akan disenaraikan di hub EDUCOGATOR, anda akan menerima jemputan untuk pelbagai program kami seperti bengkel kemahiran serta menerima satu Cert of Appreciation menerusi email secara automatik.

5. Bagaimana untuk menyertai EDUCOGATOR?

Anda perlu mengisi borang ini:: http://gg.gg/EducogatorContributor Setelah menyemak borang anda, kami akan senaraikan profail anda di https://educogator.my/our-contributor Dalam masa 24 jam, sila semak peti email/peti spam untuk mendapatkan sijil penghargaan anda.

Kepada ahli yang pernah mengisi borang rasmi untuk MyEduBlog.info (http://myedublog.info/), kami memohon untuk anda mengisi borang ini sekali lagi untuk melengkapkan maklumat yang kami perlukan.

EDUCOGATOR dibangunkan oleh tiga guru secara sukarela iaitu @razxxf @CikguIK dan @mohdazhars

Jika ada sebarang pertanyaan lain, boleh hubungi kami di educogator[at]gmail.com

Sekian, terima kasih.